Showing posts with label 13 - Stadium Perak boleh adakan perlawanan malam. Show all posts
Showing posts with label 13 - Stadium Perak boleh adakan perlawanan malam. Show all posts

Stadium Perak boleh adakan perlawanan malam

Stadium Perak boleh adakan perlawanan malam
Oleh Azizan Hashim

 

PERAK dibenarkan mengadakan perlawanan di sebelah malam selepas kerja-kerja meningkatkan taraf keupayaan lampu limpah Stadium Perak hampir selesai.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun berkata, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri turun padang dan mengarahkan kerja meningkatkan keupayaan lampu limpah itu daripada 650 Lux kepada 1,000 Lux baru-baru ini.

Selain lampu limpah, peruntukan RM1 juta juga diberikan untuk meningkatkan taraf kemudahan terutama di bilik persalinan bagi memenuhi spesifikasi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Dalam pemeriksaan FAM baru-baru ini, cahaya lampu limpah di stadium yang dianggap antara yang tertua di negara ini hanya pada kira-kira 650 Lux iaitu kurang 150 daripada ketetapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).