2010 Sudah Melabuhkan Tirainya
Tahun 2010 sudah pun melabuhkan tirainya, pelbagai onak dan duri telah ditempuh oleh pasukan Perak. Biar pun dibarisi oleh rata-rata pemain pemuda yang cetek pengalaman namun kritikan pedas tetap hadir dari penyokong. Corak permainan yang tidak memikat dan tidak konsisten gagal menambat hati mereka untuk memenuhi stadium pada setiap kali perlawanan. Secara tidak langsung telah meninggalkan suatu kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan buat pasukan serta penyokong setia yang lain.Pada saingan Liga Super 2010 pasukan Seladang hanya berjaya mengumpul 30 mata daripada 26 perlawanan dengan 8 kali menang, 6 kali seri dan 12 kali kalah. Menduduki tempat ke 11 daripada 14 pasukan yang bertanding.
Tewas kepada Terengganu PBDKT T-Team dengan aggregat 3-1 hanya melayakkan Perak ke pusingan kedua sahaja didalam saingan Piala FA 2010.
Manakala dalam kancah Piala Malaysia pasukan Seladang terkandas awal di peringkat kumpulan dengan hanya mengumpul 7 mata dibelakang Kedah (9 mata) dan Johor FC (12 mata).
Pencapaian pasukan Perak pada tahun 2010 bolehlah dianggap tidak membanggakan namun pujian juga harus diberi kepada bekas Jurulatih Perak 2010 iaitu Raja Azlan Raja Sho’ib kerna dalam keadaan serba serbi kekurangan beliau telah berjaya juga menyelamat serta meletakkan Pasukan Perak dalam kelompok liga utama negara untuk tahun 2011.
Di awal Oktober 2010, YB Dato’ Zainol Padzi Paharuddin telah dilantik sebagai peneraju utama PAFA untuk musim 2011. Pengurusan yang baru dibentuk ini kelihatan jelas bersemangat untuk membuat satu transformasi bagi pasukan Perak. Perlantikan jurulatih baru yang kaya dengan pengalaman lampau iaitu Encik Norizan Bakar serta kehadiran pemain-pemain seniur bakal mewarnai pentas bola sepak Perak untuk musim 2011. Dengan tranformasi ini, diharap pasukan Perak akan dapat mencipta sesuatu kejayaaan. Namun begitu satu hal yang paling diinginkan ialah Pasukan Perak 2011 bakal menggamit kembali kehadiran penyokong yang selama ini sepi, mereka sudah tentu dahagakan aksi-aksi mantap, menarik dan bermutu dari pasukan kesayangan mereka.
Diharapkan musim ini, pasukan sang Seladang akan lebih bersemangat, berkeyakinan dan sudah mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan ‘peperangan’ dalam misi untuk memenangi kembali hati penyokong dan merealisasikan apa jua impian.
Moh yob dan yong kita penuhkan kembali bangku-bangku stadium yang kosong selama ini..
Mari kita meriahkan stadium dengan sorakan dan teriakan KEJOR YOB KEJOR sebagai penyuntik semangat untuk pasukan PERAK….
_________________________________________________________________
Artikel ini ditulis oleh Cik Nor Shuhada Mohd Yunus utk bolaperak.blogspot.com
_________________________________________________________________
Artikel ini ditulis oleh Cik Nor Shuhada Mohd Yunus utk bolaperak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment