Siri Perlawanan Persahabatan Pasukan Perak

Dalam membuat persiapan menghadapi liga Malaysia 2011 pasukan Liga super Perak telah mengadakan dua siri perlawanan persahabatan dalam rangka lawatan ke Bangkok, Thailand dari 26hb Disember hingga 28 hb Disember 2010 baru-baru ini. Pada hari kedua lawatan, anak-anak buah kendalian Jurulatih baru pasukan iaitu En Norizan Bakar telah turun menentang pasukan Muangthong United  Fc  yang merupakan Juara Thai Premier Leage 2010 di Stadium Universiti Ramkampheng, Bangkok. Pada separuh masa pertama perlawanan anak2 buah Norizan Bakar dilihat begitu gementar berhadapan dengan anak-anak buah Rene Desaeyere, jurulatih pasukan yang berasal dari German. Pasukan Muangthong United FC  yang ramai dibarisi oleh pemain impot rata-rata dari benua Afrika jelas menguasai permainan. Namun begitu Akmal Rizal berjaya meletakkan Perak FA didepan dengan satu gol. Serangan balas berterusan pemain-pemain pasukan lawan telah berjaya menghasilkan dua gol dan mengikat kedudukan pada separuh masa pertama 2 – 1.

Pasukan Perak mula mengimbangi perlawanan bermulanya pada babak kedua dengan hantaran-hantaran  menarik. Razali Umar Kandasamy yang penah menerima jolokan “Tornado Perak” suatu ketika dulu telah berjaya menyumbangkan satu gol. Pasukan Perak terus menguasai perlawanan pada babak kedua dimana  Akmal Rizal sekali lagi menjaringkan gol kemenangan pasukan Perak dengan kesudahan Perak menumpaskan Muanthong FC United 3 – 2.

“Mengimbas perlawanan dengan juara Liga Premier Thailand, Jurulatih Perak berkata, para pemain agak gementar apabila melihat enam pemain import dari Afrika yang mewakili pasukan lawan. Namun begitu katanya, mereka berjaya menguasai permainan pada separuh masa kedua sehingga mampu mencapai kemenangan tersebut” (Kosmo Online 28hb, Disember 2010)

Melengkapkan tujuan lawatan ke Bangkok seterusnya pasukan Perak  mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan di tangga ke enam Divisi Satu Thailand 2010 iaitu Airforce United FC di Stadium Tupatamee, Prathumthanee. Pasukan ini dikendalikan oleh Mr Songserm Maperm dan dibarisi oleh 3 pemain impot iaitu 2 yang berasal Ghana dan seorang dari Republic of Congo.

Setelah mendapat kerasian pada perlawanan persahabatan pertama anak-anak  buah En Norizan Bakar dilihat tidak bermasaalah untuk menguasai perlawanan yang kedua ini. 4 gol yang dihasilkan dalam perlawanan ini jelas menunjukkan kesungguhan pemain-pemain Perak.  Isma Alif Mohd Salim yang berjersey no 22 telah meletakkan pasukan Perak didepan dengan jaringan beliau pada awal minit ke sepuluh. Gol Perak seterusnya diledakkan oleh Akmal Rizal menjadikan Perak mendahului Airforce United FC  2 – 0 pada separuh masa perlawanan.  Pasukan Perak terus menguasai dan mempamer permainan menarik pada babak kedua. Gol ketiga pasukan Perak telah dihasilkan oleh Shahrul Nizam Mustapha dan gol keempat Perak sekali lagi telah disudahkan oleh Isma Alif. Gawang pasukan Perak hanya bolos sekali pada perlawanan ini menjadikan keputusan muktamad Airforce United FC 1 -   Perak FA 4. 

“Saya gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buah saya  yang menampakkan bahawa keserasian antara mereka semakin terserlah. Tujuan lawatan ke Bangkok adalah untuk mencari keserasian antara pemain kerana sebahagian besar pemain dalam skuad Seladang kali ini tidak pernah bermain bersama sebelum ini.” Ujar En Norizan Bakar.


No comments:

Post a Comment