Muhd Arif Ismail

Muhd Arif Ismail
Siapa yang tidak kenal dengan pemain muda ini?
Sudah hampir dua tahun nama Muhd Arif Ismail disebut-sebut oleh penyokong setia negeri ini. Beliau berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Seperti yang telah kita sedia maklum, beliau telah mula menabur bakti pada pasukan Perak  sejak tahun 2009. Penyarung jersi nombor 5 ini beraksi di posisi pertahanan. Beliau mula bergiat aktif dalam profesion bolasepak secara professional pada tahun 2008 ketika bersama dengan pasukan Negeri Sembilan.

Beliau hadir ke pasukan Perak sewaktu skuad ini dibimbing oleh Dato’  M. Karathu. Beliau mengakui bahawa pasukan Perak adalah merupakan pasukan kegemaran beliau sejak dari dulu. Faktor itulah yang menjadi pendorong utama penghijrahan beliau ke pasukan Perak. Sebelum berhijrah ke Perak, beliau juga pernah mewakili beberapa pasukan bolasepak negeri antaranya:

            Kuala Lumpur :    2003 - 2006  
            Negeri sembilan : 2007- 2009

Mohd Arif Ismail adalah merupakan salah seorang pemain ‘regular’. Dengan mempamerkan kesungguhan serta tahap disiplin yang tinggi membuatkan nama beliau senantiasa dipilih untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Perak dibawah bimbangan Dato’ M. Karathu serta Raja Azlan Shah Raja Sho’ib sebelum ini.

Tempat kelima teratas atau 'kedudukan yang lebih baik' adalah harapan beliau untuk Pasukan Perak pada musim 2011 akan datang. Misi penting beliau seterusnya adalah untuk membantu skuad bimbingan En Norizan Bakar mendakap sekurang-kurangnya satu piala.

Sewaktu sesi temubual ini dibuat Muhd Ariff Ismail masih tidak dapat lagi beraksi bersama rakan sepasukan kerana mengalami kecederaan di buku lali kira-kira sebulan yang lalu semasa beliau mewakili pasukan Perak di dalam Pentandingan Piala Emas Raja-Raja 2010.

_________________________________________________________________
Artikel ini ditulis oleh Cik Nor Shuhada Mohd Yunus utk bolaperak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment