Razali Umar Kandasamy. Kemana menghilang?


Pengurus Pasukan Liga Super Perak iaitu En Khairul Azwan Dato’ Harun memberitahu bahawa beliau setakat ini masih tidak dapat menghubungi pemain tersebut untuk mendapatkan perkhabaran sebenar. Razali terus menghilang serta tidak turun menjalani latihan bersama rakan-rakan lain selepas pasukan pulang dari Bangkok baru-baru ini.

Dalam pada itu kata beliau mana-mana pemain yang ingkar perintah dan tidak mematuhi peraturan sebagai pemain akan bakal berdepan dengan tindakan disiplin. Pemain seharusnya tidak mengabaikan tentang semua aspek peraturan kerana mereka sebelum ini sudah pun dijelaskan butiran lengkapnya oleh Pegawai Undang-Undang Persatuan semasa proses menandatangani kontrak.

Namun begitu di dalam kes pemain ini, dikhabarkan pihak pengurusan masih bertolak ansur dan akan melihat perkembangan seterusnya serta memberi peluang sehingga penghujung bulan Januari ini. Apa-apa keputusan atau tindakan terhadap pemain tersebut akan diputuskan selepas tarikh itu.

Bola Sepak Perak
25hb. Januari 2011

1 comment: